memelayot !

Kuat makan!Hati tak keras mana.Lembut hati sangat.Kadang-kala degil.Punk Rock la sangat.Lemah subjek kira-kira.

Dasar Internet!

Penat aku menaip,dia jadi kalut sikit,habis semua hilang!

Nak dicarut,kata tak sopan.Nak dilempang,tangan aku juga yang sakit nanti.

Penat aku penat!

Filed under: Uncategorized , , , ,

Penat dah kan?

Balik sahaja dah mahu 6.30 pm.Exitway pun lama dah tak dinaik.Bosan dia.Melihat aku jauh dari dia.

Macam kekasih.Mesti selalu dicium,dipeluk,diajak tengok wayang,sms 24-7.

Itu kan hal wajib.Kita kini tak buat kan dah jatuh dosa.Dosa maksud aku dosa dunia buatan manusia.

CSR,AWOL,COMBO,Public Bank.Semua ni dah mula menyesak dada aku.Kalau tak dapat apa,memang sumpah aku buat bodoh!

Filed under: Uncategorized , , , ,

Penat dah kan?

Balik sahaja dah mahu 6.30 pm.Exitway pun lama dah tak dinaik.Bosan dia.Melihat aku jauh dari dia.

Macam kekasih.Mesti selalu dicium,dipeluk,diajak tengok wayang,sms 24-7.

Itu kan hal wajib.Kita kini tak buat kan dah jatuh dosa.Dosa maksud aku dosa dunia buatan manusia.

CSR,AWOL,COMBO,Public Bank.Semua ni dah mula menyesak dada aku.Kalau tak dapat apa,memang sumpah aku buat bodoh!

Filed under: Uncategorized , , , ,

Hikayat Batu Yg Runtuh

Mula-mula,aku mintak maaf sikit tidak menulis apa-apa carutan,cerita dan pandangan aku dalam ruang sempit ni.

Itulah,ruang sempit,sendat,susah bernafas sebab al maklum lah,badan gemok.Ruang besar pun jadi kecik.

Atmosfera jadi sempit bukan lah hal baru sebenarnya sangat.Kenapa tajuk dengan tiba-tiba aku cerita perihal batu?

Batu apa ni?Batu kapor?Batu Caves?Tikam Batu?Batu bikin cincin?

Ini seronok sikit.Ini batu ciptaan orang-orang zaman millenium.Zaman dimana katanya orang-orang bijak pandai,lepasan universiti,dapat 10A,IR melambak-melambak.

Kalau dikira lojik akal kampung aku yang cuma mendapat purata gred 2.23 ni,sudah tentu lah masayrakat nya madani.Dalam erti kata,bertamadun tinggi dan punyai aspek kehidupan dan kualiti yang tinggi.

Sama seperti ketamadunan lama Mesir Purba,Mesopotamia di Sungai Tigris di Iraq,Rom dan kuasa-kuasa besar.Mereka ini ramai bijak pandai dan senang cerita bangunan-bangunan dan monumen mereka masih tegak berdiri lagi.Sampai ke hari ini!

Tegak nya sudah semacam mengajuk tegak nya aku berdiri sambil menyanyi lagu kebangsaan di era pramatang dulu.Tegak dan cuma nya terusik sedikit-sedikit;biasalah.Cuaca,perang-perang saudara,serangan pihak yang envy memang lah boleh diambil kira.

Susuk batuan yang runtuh ini di negeri Terengganu memang lucu.Lagi lawak dari cerita Jangan Pandang Belakang Congkak.Runtuh dengan tak semena-mena.Angin tak ada,ribut tak ada,gempa jauh sekali.

Kalau lah dalam isi stadium ketika itu penuh manusia.Melihat lawan lembu,misalnya,agak-agak,apa lah ceritera dan hikayat baru nak dikarang?

Filed under: Uncategorized , , , ,

Apa Nikmat Terbesar?

Aku nak tanya,agak-agak lah.Tak ada jawapan betul atau salah pun.Apa nikmat terbesar kamu rasa?

Bagi aku lah buat sementara ni-
1.Buang air besar
2.Minum air laici
3.Tidur nyenyak

Ini semua selepas seharian di Iman Celur.

Filed under: Uncategorized

Tak kan La?

Tak ada seorang ke yang tengok?Peh.Sedar sudah diri.Catit cerita sendiri baca.
;)

Filed under: Uncategorized , , , , ,

Nak Cakap Halus@Kasar?

Aku ini sebetulnya tidaklah seorang yang mudah marah.Dalam erti kata mudah;aku seorang yang penyabar.

Hei!Jangan mudah cap aku perasan atau apa.Itu memang aku rasa satu-satunya kelebihan diri yang aku punyai.

Diri aku memang tak ada apa sangat tetapi aku rasa bangga dengan diri aku yang agak sabar ini.

Tapi,boleh kah aku bersabar jika ada manusia lain yang terang-terang bukan pijak,tapi meludah muka aku?

Takkan nak sabar je kan bai?Itu lah.Manusia era generasi X dan Y yang kononnya bertamadun tinggi ini meang ramai yang dah ‘mati’

‘Mati’ yang aku jelas nampak.Jadi,jangan lah kau harap kononnya aku beri kau muka lantaran kau lawa,cantik,bergetah,sweet etc.

Jangan ingat aku juga bodoh kayak yang lain!

Filed under: Uncategorized ,

Tak Lekang Dek Panas

Kurang periksa aku berapa kilometer kayuhan ’sulong’ kali ini.Aku rasa semacam jauh tapi mungkin jadi bahan tawa rakan-rakan purist yang lain.

Apa aku peduli?

Filed under: Uncategorized ,

Berpeluh…tapi puas!

Sedikit menggeletar aku menarik dompet aku kali ini.Ini bukan calang-calang pembelian.Bebelan mak,kritikan kawan-kawan yang kurang yakin serta situasi duit yang kurang stabil menerjah satu persatu sebelum nya.

Saat ini,di hadapan saudara Ah Siong,aku mengeluarkan not-not biru yang manusia kadang-kala sanggup mati untuk nya.Dapat sahaja resit,aku menjerit dalam hati.

“Kayuh,jangan tak kayuh gemok!”

Selamat datang exitbike!

Filed under: Uncategorized

Dikemam perlahan jew..

Pertama kali dalam sejarah pemakanan seharian aku,bubur pisang raja yang mak aku masak terasa pelik.Manisnya kelain sahaja rasanya.Semacam manis sangat.Manis memang baik.Tak dapat aku nafikan.

Tapi,manis ni tak sedap.Mungkin sebab adik perempuan aku memotong gula melaka tadi ada ’sesuatu’ yang tercampur.Entah lah bang.

Aku memang tak memilih pun.Apa dihidang,itu yang dimakan.Aku kemam perlahan jew dalam mulut sambil membuat riak pelik depan adik aku.

Harap dia faham.

;)

Filed under: Uncategorized